Samruzlan Bin Hj Samah dan Norsinah Binti Hj Kamaruddin adalah Perunding Unit Amanah (UTC), Public Mutual, anak syarikat milik penuh Public Bank Berhad
Mutual Hijrah Group dipelopori olih suami isteri, Samruzlan Bin Hj Samah dan Norsinah Binti Hj Kamaruddin. Norsinah, adalah seorang Perunding Unit Amanah Sepenuh Masa dengan Public Mutual.
Nama: Norsinah Binti Hj Kamaruddin
Pekerjaan Tetap: Perunding Unit Amanah
Syarikat: Public Mutual Berhad
Berkecimpung sebagai Perunding Unit Amanah (UTC) bermula pada tahun 2008. Beliau mendapat galakkan sepenuhnya daripada suami beliau (Samruzlan Bin Hj Samah) dalam menjalankan kerja-kerja sebagai Perunding Unit Amanah Sepenuh Masa, Public Mutual. Pembabitan kerjayanya bermula hanya untuk mengawalselia pelaburan unit amanah suami beliau dimana sebelum itu suami beliau kurang mendapat pendedahan dan penerangan "Apa Itu Unit Amanah dan Faedah-faedahnya". Dengan pembabitan Norsinah di dalam Unit Amanah ini, maka banyaklah pengetahuan dan pendidikan formal diterima dan digunapakai dalam mengawal selia pelaburan tersebut.
Sepanjang kerjaya beliau sebagai Perunding Unit Amanah, beliau telah menghadiri beberapa kursus-kursus dan bengkel-bengkel yang dianjurkan olih Public Mutual Berhad, bagi menambahkan ilmu pengetahuan beliau dalam menjalankan kerja-kerja tersebut. Antara kursus-kursus serta bengkel yang telah beliau hadiri adalah seperti:
- Will Writing Services Training (Norsinah berkelayakkan sebagai penulis draf wasiat bagi pihak Public Trustee)
- Asset Location Training
- Understanding of Economic Indicator Training
- Investment Linked (Insurance & Others) Training
- Fundamentals of Unit Trust Investment Training
Pada tahun 2010, Norsinah aktif membantu menjalankan kerja-kerja pengurusan tadbiran dan mengawal selia segala bentuk pelaburan yang dimiliki olih investor-investor yang berdaftar atas nama Samruzlan Bin Hj Samah. Ini adalah kerana tugas-tugas rasmi Samruzlan sebagai Jurutera Kualiti Kanan (Pojek) tidak membolihkan beliau untuk melakukan kerja-kerja Unit Amanah tersebut sepenuh masa. Dengan pengetahuan dan pengalaman Norsinah, maka segala urusan tersebut berjaya dilakukan dengan efektif dan amanah. Ini juga adalah di sebabkan olih matlamat dan tujuan asal pembentukkan gabungan mereka adalah satu arah dan tujuan.
Nama: Samruzlan Bin Hj Samah
Pekerjaan Tetap: Jurutera Kualiti Kanan (Projek)
Syarikat: Malaysia Marine and Heavy Engineering
Berkecimpung sebagai Perunding Unit Amanah (UTC) bermula pada Januari, 2010. Bertindak sebagai penasihat terutama dari segi motivasi dan penggalak kepada isteri beliau dalam segala tugasan terutama semasa menjalankan urusan untuk pelabur-pelabur Unit Amanah berteraskan Syariah.
Matlamat pembentukkan gabungan mereka sebagai Perunding Unit Amanah, Public Mutual di bawah Mutual Hijrah Group adalah:
- Membantu masyarakat Melayu dan Muslim untuk mengenali apa itu Unit Amanah, dimana sebelum ini banyak dipelopori olih bangsa asing terutamanya kaum China.
- Memberi tunjuk ajar bagaimana untuk membentuk perancangan kewangan untuk persaraan dan pembelajaran anak-anak kepada masyarakat Melayu dan Muslim.
- Menasihatkan akan pentingnya pelaburan yang suci dan halal, berasaskan SYARIAH kepada pelabur-pelabur Melayu dan Muslim.
Kejayaan dan pencapaian Norsinah & Samruzlan dalam Unit Amanah adalah seperti berikut:
- Top Producer of Sunshine Program - dicapai olih Norsinah pada tahun 2009
- NSC and AAN Qualifier - dicapai olih Samruzlan dengan dibantu olih Norsinah pada tahun 2010
- NSC Trip Qualifier - dicapai olih Samruzlan dengan dibantu olih Norsinah pada tahun 2010
Untuk pengetahuan, Norsinah berjaya mengharungi cabaran semasa ekonomi negara dan dunia merundum dalam tahun 2009, dengan pencapaian beliau sebagai Top Producer of Sunshine Program. Ini membuktikan bahawa beliau aktif dan berani bertindak menjalankan tugas-tugas beliau sebagai Perunding Unit Amanah walaupun keadaan pelaburan semasa tidak menentu dan berada ditahap bawah.
Matlamat dan impian Norsinah dan Samruzlan sebagai Perunding Unit Amanah seterusnya adalah:
1) Berjaya menyedarkan seramai mungkin bakal-bakal investor yang berminat (klik disini) tentang pentingnya perancangan kewangan untuk persaraan dan perancangan kewangan pendidikan anak-anak. Mereka mengambil pendekatan ini adalah berdasarkan pengalaman yang dialami olih mereka berdua dalam menjalankan hidup tanpa perancangan kewangan yang betul. Samruzlan pernah mengalami masa-masa kegelapan didalam hidupnya semasa syarikat beliau bertugas selama 10 tahun sebagai Pengurus menghentikan operasinya di Malaysia. Walaupun dengan pampasan yang diterima melebihi jumlah RM 100,000.00, tanpa pekerjaan selama 6 bulan mengakibatkan segala duit simpanan serta duit pampasan habis digunakan untuk menyara kehidupan. Ini menyedarkan mereka, sekiranya perkara yang sama berlaku apabila mereka telah berusia emas dan mempunyai simpanan kewangan serta pengeluaran caruman EPF yang sedikit, APA AKAN JADI?
Dengan mengembangkan duit mereka, serta merancang kewangan dengan betul, mereka yakin, INSYAALLAH, perkara yang sama tidak akan berulang lagi.
Olih kerana itu, demi kesedaran sebagai umat Islam, dan telah diberi pertunjuk olih ALLAH, mereka bertikad untuk BERJIHAD bagi menyedarkan bakal-bakal investor yang lain (klik disini).
2) Terus memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada investor-investor yang telah berdaftar dengan mereka serta bakal-bakal investor lain yang berminat (klik disini) akan bentuk-bentuk pelaburan yang betul bagi menjamin keuntungan serta suci dan halal berasaskan SYARIAH. Mereka mengambil pendekatan ini berdasarkan pengalaman mereka tidak mendapat pendidikan yang betul mengenai Unit Amanah berasaskan SYARIAH.
3) Membantu mereka yang berminat untuk menjadi Perunding Unit Amanah (UTC) dengan menyertai Mutual Hijrah Group. Berdasarkan pengalaman luas Samruzlan sebagai Pengurus syarikat, dimana beliau pernah mentadbir seramai 100 orang pekerja termasuk jurutera, penyelia, kerani serta pekerja industri, beserta pengalaman beliau sebagai Jurutera Kualiti Kanan (Projek), beliau yakin dapat memberikan dorongan serta motivasi kepada bakal-bakal Perunding Unit Amanah yang berminat (klik disini). Pengalaman Norsinah menjalankan tugas-tugas sebagai Perunding Unit Amanah walaupun semasa ekonomi sedang merundum serta pengetahuan-pengetahuan teknikal beliau berdasarkan penyertaan kursus-kursus dan bengkel-bengkel, juga pergaulan beliau dengan mereka yang lebih senior serta berpengalaman luas, akan menjadi satu peluang baik untuk direbut olih bakal-bakal Perunding Unit Amanah yang berminat (klik disini).