Apakah itu Unit Amanah?
Unit Amanah merupakan satu bentuk pelaburan kolektif yang membolihkan pelabur yang mempunyai objecktif pelaburan yang sama supaya mengumpulkan simpanan mereka, dan kemudian dilaburkan kedalam portfolio sekuriti atau aset lain yang diuruskan olih profesional pelaburan.
Pelabur Unit Amanah tidak membeli sekuriti dalam portfolio secara langsung. Pemilikan portfolio terbahagi kepada unit kelayakan dan setiap pelabur dikenali sebagai 'pemegang unit'. Satu unit Unit Amanah merupakan 'bahagian' berkadar daripada pelaburan yang terkumpul. Apabila nilai pelaburan dalam portfolio Unit Amanah meningkat atau menurun, maka nilai atau 'harga unit' bagi setiap unit tersebut juga meningkat atau menurun. Apabila portfolio tidak tertakluk kepada perubahan nilai seperti dalam beberapa tabung yang ditaja olih kerajaan, harga unit ditetapkan pada RM 1.00.
Pemegang unit dalam Unit Amanah bukannya pemegang saham dalam sesebuah syarikat tetapi sebaliknya merupakan benefisiari di bawah amanah yang diujudkan olih penganjur dalam Unit Amanah. Menurut perlembagaan atau 'surat ikatan' Unit Amanah, mesti terdapat pemegang amanah untuk menjaga kepentingan pelabur. Pemegang amanah ialah pemilik sah ke atas semua aset dalam Unit Amanah bagi pihak pemegang unit, dan mesti bertindak demi kepentingan pemegang unit yang ada kaitan hubungan fidusiari dengannya, iaitu pemegang amanah terlebih dahulu mestilah mengutamakan kepentingan pemegang unit. Pemegang unit dalam Unit Amanah mempunyai kepentingan yang bermanfaat dalam setiap dan seluruh aset dalam Unit Amanah tersebut tetapi mereka tidak berhak mengarah penganjur dalam Unit Amanah bagaimana untuk melabur dalam portfolio pelaburan.
Sebagai bukti kepentingan mereka dalam Unit Amanah, setiap pelabur menerima pengesahan kelayakan, sama ada dalam bentuk penyata atau sijil unit. Bilangan unit dalam Unit Amanah yang dipegang olih setiap pelabur bergantung pada harga jualan unit pada masa pelaburan dibuat dan jumlah wang permohonan yang dicarumkan olih pelabur. Pelabur Unit Amanah akan membeli unit selepas mereka membaca dan memahami prospektus yang menerangkan segala yang perlu diketahui olih pelabur sebelum mereka melabur dalam Unit Amanah tersebut dengan melengkapkan borang permohonan.
Pulangan pelaburan untuk pemegang unit dalam Unit Amanah biasanya ialah gabungan pembayaran pendapatan tetap ('agihan') dan tambahan nilai modal, yang diperolihi daripada pelaburan terkumpul yang terdapat dalam Unit Amanah tersebut. Setiap unit layak menerima jumlah pendapatan yang sama (yang ditentukan olih tahap agihan yang diisytiharkan olih penganjur dalam Unit Amanah) dan tambahan atau susut nilai modal yang lazimnya ditunjukkan dalam harga unit Unit Amanah tersebut.
Di Malaysia, bilangan dan jenis Unit Amanah semakin cepat bertambah termasuklah tabung pendapatan dan tabung pertumbuhan modal; ekuiti (saham), harta tanah dan tabungan pendapatan tetap (bon); dan tabung yang diuruskan menurut prinsip Syariah.
Pelabur Unit Amanah biasanya terdiri daripada mereka yang membuat pelaburan dalam jumlah yang agak kecil, iaitu mereka yang tidak mempunyai masa ataupun tidak berhasrat untuk memegang portfolio pelaburan langsung dalam saham atau aset lain. Sebaliknya mereka lebih suka melabur dalam instrumen pelaburan terkawal. Unit Amanah membolihkan pelabur kecil mengakses dengan mudah pelbagai jenis pelaburan yang pada kebiasaannya tidak mudah untuk diakses.
Di Malaysia dan diseluruh dunia, pelaburan kolektif (seperti Unit Amanah, tabung bersama dan syarikat pelaburan terbuka) mengalami pertumbuhan yang luar biasa. Pertumbuhan ini menunjukkan kesesuaian pelaburan kolektif di Malaysia, iaitu Unit Amanah sebagai satu cara untuk pelabur kecil mengumpul modal dalam jangka masa panjang.
Olih sebab pelabur menginginkan pulangan yang berpatutan untuk simpanan mereka, maka Unit Amanah menyediakan cara yang sesuai bagi mendedahkan mereka kepada pelaburan yang dapat menghasilkan pulangan yang lebih lumayan dalam jangka masa panjang berbanding yang diperolih daripada akaun simpanan biasa dan deposit tetap.
'Kos' bagi pulangan yang berpotensi lebih tinggi pasti disertai dengan risiko pelaburan yang tinggi juga. Dalam jangka masa pendek, kepastian pulangan pelaburan bagi kebanyakan Unit Amanah jauh lebih sedikit daripada apa yang ditawarkan olih deposit tetap. Walau bagaimanapun, bagi jangka masa sederhana hingga jangka masa panjang (iaitu lebih daripada lima tahun), pelaburan dalam Unit Amanah kebanyakannya dapat memberikan pulangan yang jauh lebih baik dengan tahap risiko yang berpatutan.
disediakan olih Samruzlan Bin Hj Samah
petikan daripada Buku Panduan terbitan FIMM

Manfaat Unit Amanah
Bagi pelabur yang tidak mempunyai kemahiran mahupun masa untuk membuat penyelidikan dan analisis pasaran pelaburan, Unit Amanah adalah satu cara ideal untuk melabur.
Untuk mengendalikan portfolio pelaburan yang dipegang secara langsung, seseorang individu perlu mengetahui maklumat dan sentimen pasaran terkini. Dalam pasaran kewangan hari ini yang bergerak pantas dan semakin canggih, ini bermakna dia perlu sentiasa mengikuti perkembangan pelbagai maklumat daripada pelbagai sumber. Bagi kebanyakan pelabur individu, ini agak sukar dilakukan, malah memerlukan masa dan kos yang tinggi.
Melabur dalam Unit Amanah dapat mengalihkan sebahagian besar tekanan pelaburan kepada mereka yang mahir mengendalikannya, iaitu pengurus tabung yang profesional.
Terdapat beberapa manfaat penting lain dalam pelaburan Unit Amanah yang perlu diambil perhatian:
1) Kepelbagaian
Pengumpulan tabung yang lebih besar membolihkan pengurus tabung menguruskan Unit Amanah untuk membeli pelbagai jenis pelaburan. Tanpa menghadkan portfolio pelaburan kepada satu atau dua pelaburan, satu portfolio yang merangkumi pelbagai pelaburan bolih dipegang. Dengan itu, pelabur Unit Amanah bolih mendapat manfaat daripada kesan portfolio, iaitu pada umumnya, semakin banyak bilangan pelaburan, maka semakin kurang kadar turun naik pulangan pelaburan tersebut.Dengan kata lain, bagi pelabur yang tidak mampu membuat pelbagai jenis pelaburan kerana simpanan yang terhad, pelaburan dalam Unit Amanah menawarkan kepelbagaian dengan risiko pelaburan yang minimum.
2) Cara Mudah untuk Membeli dan Menjual
Kebanyakan pelabur menghendaki pelaburan yang mudah tunai, iaitu pelaburan tersebut mudah dijual dalam jangka masa yang pendek. Unit Amanah memberikan manfaat ini kerana unit bolih dibeli dan dijual dengan mudah. Pelaburan yang dijangka memberikan pulangan lumayan tetapi tidak bolih dijual, tidak semestinya pelaburan yang baik kerana paras mudah tunai yang sangat rendah merupakan faktor risiko tambahan bagi pelabur.
Mengikut Garis Panduan Tabungan Unit Amanah, pengendali pelaburan Unit Amanah perlu membayar hasil daripada belian balik unit kepada pemegang unit secepat yang mungkin, selewat-lewatnya dalam tempoh 10 hari selepas menerima permintaan bagi belian balik tersebut.
3) Pengurusan Profesional
Pengurus tabung yang membuat keputusan pelaburan bagi pihak pelabur Unit Amanah terdiri daripada golongan profesional. Latihan dan latar belakang mereka dapat memastikan proses pelaburan yang diterima pakai olih Unit Amanah adalah berstruktur dan mematuhi prinsip pelaburan asas. Unit Amanah menggunakan pengetahuan dan pengalaman daripada kakitangan yang mahir untuk membuat keputusan pelaburan. Dalam jangka masa panjang, kepakaran beginilah yang dapat menghasilkan pulangan pelaburan yang lebih baik daripada biasa untu pelabur Unit Amanah.
Terdapat kakitangan yang mempunyai pengalaman dan kemahiran yang lain dalam pengendali pelaburan Unit Amanah yang dapat memberikan manfaat kepada pelabur Unit Amanah, sebagai contoh, kakitangan khidmat pelanggan, pakar perakaunan dan cukai dan sebagainya.
4) Pendedahan Pelaburan
Bagi pelabur kecil, ada kalanya mereka sukar untuk mendapatkan pendedahan kepada kelas aset yang tertentu atau sekuriti tertentu. Sebagai contoh, jika pelabur yang mempunyai RM 1,000.00 dan ingin melabur dalam harta tanah, pasaran sekuriti antarabangsa atau bon korporat, maka agak mustahil baginya untuk memegang pelaburan langsung dalam mana-mana atau semua pasaran ini. Manakala dalam Unit Amanah, pelabur berkemungkinan besar dapat melaburkan simpanannya dalam salah satu pelaburan ini atau dalam gabungan semua pelaburan ini. Olih itu, pelabur dapat menyesuaikan pendedahan pelaburannya untuk memenuhi objecktif mereka.
5) Kos Pelaburan
Apabila membuat pelaburan langsung, pelabur kecil perlu menanggung kos urus niaga, contohnya, komisen broker saham yang lebih tinggi daripada apa yang dibayar olih pelabur institusi yang besar seperti pengurus tabung pengendali pelabur Unit Amanah. Disebabkan pengurus tabung melabur dalam jumlah yang besar bagi pihak Unit Amanah, maka ujudlah ekonomi ikut bidangan. Selain itu, disebabkan pengurus tabung melabur dalam jumlah yang besar, maka mereka bolih mendapat kadar pulangan institusi dan pelaburan, yang mungkin pelabur kecil tidak bolih mendapatnya ataupun mendapatnya secara terhad. Contohnya, pelabur kecil tidak bolih melabur secara langsung dalam pasaran Sekuriti Kerajaan Malaysia yang melibatkan jumlah setiap urus niaga pada amnya sehingga berjuta-juta ringgit. Sebaliknya tidak menjadi masalah untuk pengurus tabung melabur di pasaran ini kerana jumlah yang bolih mereka laburkan pada satu-satu masa. Pelabur institusi, termasuk pengurus tabung pengendali Unit Amanah, sering menerima peruntukan keutamaan bagi tawaran awam awal untuk saham syarikat yang akan disenaraikan, yang tidak diberikan atau dihadkan kepada pelabur kecil.