Rata-rata rakyat Malaysia terutamanya bangsa Melayu, terlalu berhati-hati untuk melabur kewangan mereka. Kebanyakan mereka akan memilih media yang selamat untuk simpanan wang mereka. Kebiasaan mereka akan memilih akaun simpanan bank tertentu kerana bagi mereka ianya adalah selamat. Mereka kurang terdedah atau berhati-hati apabila melibatkan diri dalam pelaburan seperti contohnya pelaburan unit amanah yang mana telah terbukti dapat mengembangkan wang mereka dalam masa yang telah ditetapkan (dalam tempoh masa sederhana atau panjang, melebihi 5 tahun tempoh pelaburan).
Daripada kajian yang telah dilakukan terhadap 1,000 orang responden, 94% daripada mereka memiliki akaun simpanan didalam bank, 35% mempunyai insuran nyawa berteraskan elemen simpanan manakala 23% saja mempunyai akaun dalam pelaburan unit amanah. Angka yang tinggi untuk akaun tidak menunjukkan ianya telah cukup untuk simpanan kerana separuh daripada responden yang ditanya, mereka sebenarnya tidak bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku terutama sekali apabila tiba hari tua mereka. Ini membuktikan rakyat Malaysia terutama bangsa Melayu masih kurang terdedah dan prihatin bertapa pentingnya perancangan kewangan terutama selepas persaraan.
63% daripada responden yang diselidik bersetuju bahawa simpanan dan pelaburan yang berterusan adalah kunci bagi menjamin keselesaan selepas bersara, tetapi daripada itu hanya 14% saja yang yakin mereka akan mempunyai cukup dana untuk persaraan.
64% menyuarakan kebimbangan bahawa mereka tidak mempunyai cukup wang apabila mereka bersara nanti tetapi daripada mengambil pendekatan untuk melabur secara berterusan, majoriti mereka lebih beranggapan memanjangkan tempoh alam pekerjaan adalah penyelesaian yang terbaik untuk menjamin kewangan untuk hari tua mereka. Mereka menyuarakan hasrat mereka akan terpaksa bekerja walaupun telah bersara (secara sepenuh masa/separuh masa). Tetapi, adakah mereka fikir sekiranya tahap kesihatan mereka masih lagi sesuai untuk bekerja? Tidakkah mereka terfikir, pada usia emas, mereka sepatutnya menikmati keselesaan hidup, terutama sekali Muslim, masa ini adalah masa yang sesuai untuk menumpukan masa beramal ibadat.
Kesimpulannya, jikalau mereka merancang awal untuk persaraan, maka keselesaan hidup selepas bersara, INSYAALLAH akan dinikmati.
Samruzlan Bin Hj Samah
Pasir Gudang, Johor