Apakah itu Tabung Unit Amanah Berteraskan Syariah?
Secara umumnya, tabung unit amanah ialah skim pelaburan kolektif yang mengumpulkan simpanan para pelabur yang mempunyai objektif yang sama dalam satu tabung khas yang diuruskan olih pengurus dana profesional. Wang yang dikumpulkan dalam tabung unit amanah kemudiannya akan dilaburkan dalam pelbagai portfolio yang terdiri daripada sekuriti dan aset lain mengikut objektif pelaburan tabung unit amanah tersebut dan sebagaimana yang dibenarkan di bawah garis panduan dan peraturan Suruhanjaya Sekuriti.
Tabung unit amanah berteraskan Syariah lebih kurang sama dengan takrif di atas, KECUALI segala aktiviti di atas mestilah mematuhi keperluan Syariah. Perbezaan utama antara tabung unit amanah konvensional dengan tabung unit amanah berteraskan Syariah adalah dalam perkara berikut:
Dari segi operasi dan pengurusan tabung unit amanah berteraskan Syariah, pengendali Unit Amanah (Public Mutual) hendaklah memastikan tabung lebihan, seperti aset cair dan tunai, diletakkan/dilabur dalam industri berteraskan Syariah. Pengurus/pegawai pematuhan hendaklah memastikan semua operasi harian mematuhi segala keperluan Suruhanjaya Sekuriti dan prinsip Syariah. Bagi membantu pengurus/pegawai pematuhan memastikan tabung diurus dan ditadbir mengikut keperluan Syariah, pengendali Unit Amanah (Public Mutual) yang menawarkan Skim Unit Amanah berteraskan Syariah dikehendaki di bawah Garis Panduan Unit Amanah Suruhanjaya Sekuriti untuk melantik Jawatankuasa Syariah/Penasihat Syariah. Fungsi utama Jawatankuasa Syariah/Penasihat Syariah adalah untuk menyelia dan memberikan nasihat yang perlu bagi memastikan Skim Unit Amanah yang ditawarkan kepada orang ramai diurusdan ditadbir mengikut keperluan Syariah.
Jawatankuasa/Penasihat Syariah didaftarkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan diperbaharui setiap tiga tahun, tertakluk kepada kelulusan Suruhanjaya Sekuriti. Senarai lengkap Jawatankuasa/Penasihat Syariah bolih didapati di laman web Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
Dari segi perakauan dan pelaporan, sama juga seperti tabung konvensional, pengendali Unit Amanah (Public Mutual) dikehendaki menerbitkan dan mengedarkan laporan setengah tahun/interim serta laporan tahunan tabung. Bagi tabung unit amanah berteraskan Syariah, maklumat tambahan yang diterbitkan dalam kedua-dua laporan ini adalah laporan Jawatankuasa Syariah atau Penasihat Syariah. Laporan ini akan mengesahkan tabung berteraskan Syariah tersebut diurus dan ditadbir mengikut keperluan Syariah.
Surat ikatan amanah dan prospektus tabung berteraskan Syariah mestilah dirangka mengikut keperluan Syariah. Istilah yang digunakan dalam surat ikatan amanah dan prospektus konvensional yang tidak selaras dengan prinsip Syariah, seperti instrumen berasaskan faedah dan pendapatan faedah, mestilah dielakkan. Perkataan-perkataan ini bolih menggambarkan dan memberikan konotasi yang berbeza kepada pembaca dan akhirnya akan memberikan imej negatif kepada tabung berteraskan Syariah.
Ahli Jawatankuasa/Penasihat Syariah mestilah:
Syarikat pengendali Unit Amanah akan dikelaskan sebagai sekuriti tak patuh jika ia terlibat dalam aktiviti teras berikut:
disediakan olih Samruzlan Bin Hj Samah
petikan daripada Buku Panduan terbitan FIMM

- Objektif tabung
- Strategi pelaburan
- Operasi dan pengurusan tabung
- Dokumentasi
- Saluran dan aktiviti pelaburan
- Akaun dan pelaporan

- (jika sebuah Jawatankuasa Syariah dilantik), terdiri daripada sekurang-kurangnya tiga ahli individu
- tidak mempunyai hubungan dengan syarikat pengurusan
- didaftarkan dengan Suruhanjaya Sekuriti
- mempunyai reputasi dan keperibadian yang baik
- memiliki kelayakan, kepakaran dan pengalaman yang perlu, terutamanya dalam fiqh muamalah dan perundangan Islam
- tidak bolih terlibat dalam amalan yang tidak beretika dan/atau tidak sesuai
Syarikat pengendali Unit Amanah akan dikelaskan sebagai sekuriti tak patuh jika ia terlibat dalam aktiviti teras berikut:
- Khidmat kewangan berdasarkan riba (faedah)
- Perjudian
- Pembuatan atau penjualan produk tidak halal atau produk yang berkaitan
- Insurans konvensional
- Aktiviti hiburan yang tidak dibenarkan mengikut Syariah
- Pengeluaran atau penjualan produk berasaskan tembakau atau produk yang berkaitan
- Pembrokeran saham atau dagangan saham dalam sekuriti tak patuh Syariah
- Aktiviti lain yang disifatkan sebagai tidak dibenarkan mengikut Syariah